TEKS BAHASA ARAB
ساعة من عالم متكئ على فراشه ينظر في علمه خير من عبادة العابد سبعين عاما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesaat oleh orang alim yang bersandar di katilnya sambil melihat kepada ilmunya adalah lebih baik berbanding ibadah seorang abid (ahli ibadah) selama 70 tahun.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 44, hadis nombor 223. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith ini palsu dan ia bukan termasuk lafaz-lafaz hadith Nabi.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.