TEKS BAHASA ARAB
إن الله لا ييسر لعبده الحج إلا بالرضا فإذا رضي عنه أطلق له الحج
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith :Sesungguhnya Allah tidak memudahkan urusan haji hamba-Nya melainkan dengan redha-Nya, apabila Allah SWT Redha dengannya maka Allah SWT memudahkan urusan hajinya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 103, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن المقداد بن الأسود مرفوعا وفي إسناده: سعيد بن عبد الرحمن يروي عن الثقات الموضوعات
Al-Khatib meriwayatkan dari Al-Miqdad bin Al-Aswad secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) pada sanadnya terdapat perawi bernama Said bin Abdul Rahman meriwayatkan daripada perawi yang dipercayai dengan riwayat palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.