Mengasingkan diri adalah berehat daripada bergaul dengan kejahatan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

العزلة راحة من خلاط السوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengasingkan diri adalah berehat daripada bergaul dengan kejahatan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 60, hadis nombor 237. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ترجم به البخاري ولم يذكره حديثا.

Al-Bukhari membuat bab dengan ungkapan tersebut namun beliau tidak menyebutkannya sebagai hadith.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon