Orang yang bersin ketika bercakap, menjadi saksi bahawa dia bercakap benar

TEKS BAHASA ARAB

العطاس عند الكلام شاهد صدق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang bersin ketika bercakap, menjadi saksi bahawa dia bercakap benar.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 60, hadis nombor 238. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف هكذا، وإنما حديث أبي هريرة: العطاس عند الدعاء شاهد صدق وجاء، أيضا: الفأل مرسل والعطاس شاهد صدق.

Tidak diketahui dengan lafaz ini. Hanya terdapat dalam hadith Abu Hurairah: “Orang yang bersin ketika berdoa menjadi saksi bahawa dia benar”, juga diriwayatkan: “Nasib buruk dilepaskan dan orang yang bersin menjadi bukti dia bercakap benar”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs