TEKS BAHASA ARAB
عدو عاقل خير من صديق جاهل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Musuh yang berakal lebih baik berbanding kawan yang jahil.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 59, hadis nombor 235. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
ليس بحديث. نعم جاء عن أبي حازم قال: أن يبغضك عدوك المسلم خير من أن يحبك خليلك الفاجر.
Ia bukan hadith. Ya, telah datang riwayat daripada Abi Hazim, katanya: “Jika musuhmu yang muslim membencimu, lebih baik berbanding rakanmu yang jahat mencintaimu”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.