Apakah yang terbaik bagi wanita?

TEKS BAHASA ARAB

ما خير للنساء؟ فقالت فاطمة: أن لا يرين الرجال ولا يرونهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Apakah yang terbaik bagi wanita?". Lalu Fatimah berkata: "Bahawa mereka tidak melihat para lelaki dan para lelaki pula tidak melihat mereka".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 227, hadis nombor 1205. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «ما خير للنساء؟». فلم ندر ما نقول. فسار علي إلى فاطمة، فأخبرها بذلك، فقالت: فهلا قلت له: خير لهن أن لا يرين الرجال ولا يرونهن..؟! فقال له: «من علمك هذا؟» قال: فاطمة. قال: «إنها بضعة مني». [حل، «الضعيفة» (5743/م)].

(Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Apakah yang terbaik bagi wanita?". Kami tidak tahu untuk menjawab apa. Kemudian Ali pun pergi kepada Fatimah dan memberitahunya tentang (persoalan) tersebut. Maka Fatimah menjawab: "Mengapakah kamu tidak mengatakan kepada baginda: Perkara yang terbaik buat mereka (wanita) adalah mereka tidak melihat para lelaki dan para lelaki pula tidak melihat mereka..?!”. Kemudian baginda bertanya kepada Ali: "Siapakah yang mengajarkan kamu hal ini?" Beliau menjawab: "Fatimah". Baginda bersabda: "Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian daripadaku". [Riwayat al-Hilyah oleh Abu Nu'aim. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 5743/م].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.