Sesiapa yang memberikan isyarat dalam solatnya dengan satu isyarat yang dapat difahami daripadanya, hendaklah dia mengulangi solatnya

TEKS BAHASA ARAB

من أشار في صلاته إشارة تفهم عنه، فليعد لها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memberikan isyarat dalam solatnya dengan satu isyarat yang dapat difahami daripadanya, hendaklah dia mengulangi solatnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 361, hadis nombor 1927. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من أشار في صلاته إشارة تفهم عنه، فليعد لها». [د، الطحاوي، قط، هق، «الضعيفة» (1104)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang memberikan isyarat dalam solatnya dengan satu isyarat yang dapat difahami daripadanya, hendaklah dia mengulangi solatnya". [Riwayat Abu Dawud dalam Sunannya, al-Tahawi dalam Sharh Ma’ani al-Athar, al-Daraqutni dalam Sunannya dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1104].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.