Sesiapa yang menjadi imam bagi suatu kaum sedangkan dalam kalangan mereka itu ada orang yang lebih mahir membaca al-Quran daripadanya, nescaya dia kekal dalam kehinaan sehingga hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

من أم قوما وفيهم من هو أقرأ لكتاب الله منه لم يزل في سفال إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menjadi imam bagi suatu kaum sedangkan dalam kalangan mereka itu ada orang yang lebih mahir membaca al-Quran daripadanya, nescaya dia kekal dalam kehinaan sehingga hari kiamat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 362, hadis nombor 1928. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر- رضي الله عنهما -، مرفوعا: «من أم قوما وفيهم من هو أقرا لكتاب الله منه لم يزل في سفال إلى يوم القيامة». [طس، عد، ابن السماك في «الأمالي»، «الضعيفة» (1415)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibnu Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang menjadi imam bagi suatu kaum sedangkan dalam kalangan mereka itu ada orang yang lebih mahir membaca al-Quran daripadanya, nescaya dia kekal dalam kehinaan sehingga hari kiamat". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibnu 'Adi dalam al-Kamil dan Ibn al-Simak dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1415].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.