Apabila tiba waktu tengahari, Rasulullah SAW akan pergi ke mana-mana kebun di Madinah

TEKS BAHASA ARAB

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا استوى النهار خرج إلى بعض حيطان المدينة وقد يسر له فيها طهور فإن كانت له حاجة قضاها وإلا تطهر فإذا زالت الشمس عن كبد السماء قدر شراك، قام فصلى أربع ركعات، ولم يتشهد بينهن،وسلم في آخر الأربع، ثم يقوم فيأتي المسجد، فقال ابن عباس: يا رسول الله! ما هذه الصلاة التي تصليها ولا نصليها؟ قال: ابن عباس! من صلاهن من أمتي فقد أحيا ليلته ساعة يفتح فيها أبواب السماء ويستجاب فيها الدعاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tiba waktu tengahari, Rasulullah SAW akan pergi ke mana-mana kebun di Madinah. Baginda telah dipermudahkan untuk bersuci di sana. Jika Baginda memiliki hajat, Baginda penuhinya (buang air). Jika tidak, Baginda sekadar bersuci sahaja. Apabila matahari sudah tergelincir dengan kadar tali capal, Baginda akan menunaikan solat sunat empat rakaat tanpa bertasyahud di tengahnya, Baginda hanya beri salam selepas empat rakaat. Kemudian barulah Baginda bangun dan datang ke masjid. Ibn ‘Abbas bertanya: Wahai Rasulullah, solat apakah yang kamu lakukan sedangkan kami tidak pernah melakukannya? Baginda menjelaskan: Wahai Ibn ‘Abbas, sesiapa dalam kalangan umatku yang melakukannya, dia dikira telah menghidupkan malamnya. Ini adalah waktu tatkala pintu-pintu langit terbuka dan doa diperkenankan.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1115-1116, hadis nombor 5639. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا استوى النهار خرج إلى بعض حيطان المدينة وقد يسر له فيها طهور فإن كانت له حاجة قضاها وإلا تطهر فإذا زالت الشمس عن كبد السماء قدر شراك قام فصلى أربع ركعات ولم يتشهد بينهن وسلم في آخر الأربع ثم يقوم فيأتي المسجد فقال ابن عباس: يا رسول الله! ما هذه الصلاة التي تصليها ولا نصليها؟ قال: ابن عباس! من صلاهن من أمتي فقد أحيا ليلته ساعة يفتح فيها أبواب السماء ويستجاب فيها الدعاء. [طب، الضعيفة (6727)].

(Sangat lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau menceritakan : Apabila tiba waktu tengahari, Rasulullah SAW akan pergi ke mana-mana kebun di Madinah. Baginda telah dipermudahkan untuk bersuci di sana. Jika Baginda memiliki hajat, Baginda penuhinya (buang air). Jika tidak, Baginda sekadar bersuci sahaja. Apabila matahari sudah tergelincir dengan kadar tali capal, Baginda akan menunaikan solat sunat empat rakaat tanpa bertasyahud di tengahnya, Baginda hanya beri salam selepas empat rakaat. Kemudian barulah Baginda bangun dan datang ke masjid. Ibn ‘Abbas bertanya: Wahai Rasulullah, solat apakah yang kamu lakukan sedangkan kami tidak pernah melakukannya? Baginda menjelaskan: Wahai Ibn ‘Abbas, sesiapa dalam kalangan umatku yang melakukannya, dia dikira telah menghidupkan malamnya. Ini adalah waktu tatkala pintu-pintu langit terbuka dan doa diperkenankan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, 6727].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.