Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بينما النبي صلى الله عليه وسلم في مجلس يحدث القوم، جاءه أعرابي فقال: متى الساعة؟ فمضى رسول الله صلى الله عليه وسلم يحدث. فقال بعض القوم: سمع ما قال، فكره ما قال؛ وقال بعضهم: بل لم يسمع. حتى قضى حديثه قال: ((أين – أراه – السائل عن الساعة؟)) قال: ها أنا يا رسول الله! قال: ((فإذا ضيعت الأمانة؛ فانتظر الساعة)). قال: كيف إضاعتها؛ قال: ((إذا وسد الأمر إلى غير أهله؛ فانتظر الساعة)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Nabi SAW berada di sebuah majlis sedang bercakap dengan suatu kaum, datang seorang badwi dan bertanya: Bilakah hari kiamat? Lalu Rasulullah SAW terus berkata-kata. Lalu sebahagian kaum berkata: Baginda telah mendengar apa yang dikatakannya namun tidak menyukai apa yang didengarnya, dan sebahagian yang lain berkata: Bahkan baginda tidak dengar, sehinggalah baginda selesai bercakap, baginda bertanya: “Dimanakah dia yang bertanya tentang kiamat tadi? Dia (lelaki badwi itu) berkata: Aku di sini wahai Rasulullah! Baginda bersabda: “Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah hari kiamat.” Dia berkata: Bagaimana yang dikira disia-siakan itu? Baginda bersabda: “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 855, hadis nombor 4375-4376. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: بينما النبي صلى الله عليه وسلم في مجلس يحدث القوم، جاءه أعرابي فقال: متى الساعة؟ فمضى رسول الله صلى الله عليه وسلم يحدث. فقال بعض القوم: سمع ما قال، فكره ما قال؛ وقال بعضهم: بل لم يسمع. حتى قضى حديثه قال: ((أين – أراه – السائل عن الساعة؟)) قال: ها أنا يا رسول الله! قال: ((فإذا ضيعت الأمانة؛ فانتظر الساعة)). قال: كيف إضاعتها؛ قال: ((إذا وسد الأمر إلى غير أهله؛ فانتظر الساعة)). [خ، حم، ((الضعيفة)) (6947)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Ketika Nabi SAW berada di sebuah majlis sedang bercakap dengan suatu kaum, datang seorang badwi dan bertanya: Bilakah hari kiamat? Lalu Rasulullah SAW terus berkata-kata. Lalu sebahagian kaum berkata: Baginda telah mendengar apa yang dikatakannya: dan sebahagian yang lain berkata: Bahkan baginda tidak dengar, sehingga baginda selesai bercakap. Baginda bertanya: “Dimanakah dia yang bertanya tentang kiamat tadi? Dia (lelaki badwi itu) berkata: Aku di sini wahai Rasulullah! Baginda bersabda: “Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah hari kiamat.” Dia berkata: Bagaimana yang dikira disia-siakan itu? Baginda bersabda: “Jika sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat.”
[Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6947].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.