Hal yang menyebabkan manusia hilang dari pandangan Allah

TEKS BAHASA ARAB

إذا أمتى أبت أن يظلم ظالموها تودع الله منها وإذا أمتى تواكلت الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر منعها الله منفعة الوحي من السماء وإذا أمتى تسابت فيما بينها سقطت من عين الله فكيف بكم إذا لم يرأف الله بكم ولم يرحمكم؟ قالوا: وكائن ذلك يا رسول الله؟ قال: أي والذي بعث محمدا بالحق! إذا استعمل عليكم شراركم فقد تخلى الله عنكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika umatku tidak mahu orang yang menzalimi mereka dizalimi, maka Allah akan meninggalkan mereka, jika umatku meninggalkan amar ma’ruf nahi munkar, maka Allah akan menghalang mereka dari manfaat wahyu dari langit, jika umatku saling mencaci di antara mereka, mereka akan hilang dari pandangan Allah, lalu bagaimanakah keadaan kamu sekiranya Allah tidak berlaku kasih dan tidak merahmati kamu? Mereka berkata: Adakah akan terjadi hal itu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ya demi yang mengutuskan Muhammad dengan kebenaran! Jika orang-orang yang jahat digunakan (jadi pemimpin) ke atas kamu, maka (itu tandanya) Allah telah meninggalkan kamu.”

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 854 – 855, hadis nombor 4374. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا أمتى أبت أن يظلم ظالموها تودع الله منها وإذا أمتى تواكلت الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر منعها الله منفعة الوحي من السماء وإذا أمتى تسابت فيما بينها سقطت من عين الله فكيف بكم إذا لم يرأف الله بكم ولم يرحمكم؟ قالوا: وكائن ذلك يا رسول الله؟ قال: أي والذي بعث محمدا بالحق! إذا استعمل عليكم شراركم فقد تخلى الله عنكم)). [عق، ((الضعيفة)) (6924)].

(Munkar)
Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Jika umatku tidak mahu orang yang menzalimi mereka dizalimi, maka Allah akan meninggalkan mereka, jika umatku meninggalkan amar ma’ruf nahi munkar, maka Allah akan menghalang mereka dari manfaat wahyu dari langit, jika umatku saling mencaci di antara mereka, mereka akan hilang dari pandangan Allah, lalu bagaimanakah keadaan kamu sekiranya Allah tidak berlaku kasih dan tidak merahmati kamu? Mereka berkata: Adakah akan terjadi hal itu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ya demi yang mengutuskan Muhammad dengan kebenaran! Jika orang-orang yang jahat digunakan (jadi pemimpin) ke atas kamu, maka (itu tandanya) Allah telah meninggalkan kamu.”
[Riwayat al-Uqaili dalam al-Du’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6924].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs