Kehidupan lebih disukai ketika dunia aman dan kematian disukai ketika dunia kacau bilau

TEKS BAHASA ARAB

إذا كانت أمراؤكم خياركم، وأغنياؤكم سمحاءكم، وأموركم شورى بينكم؛ فظهر الأرض خير لكم من بطنها. وإذا كان أمراؤكم شراركم، وأغنياؤكم بخلاءكم، وأمركم إلى نسائكم؛ فبطن الأرض خير لكم من ظهرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika pemimpin kamu adalah orang yang terbaik dari kalangan kamu, orang-orang yang kaya dari kalangan kamu pula adalah orang yang pemurah, dan setiap perkara antara kamu dibincangkan (untuk mencari solusi), maka ketika itu bahagian atas bumi lebih baik buat kamu dari isi perut bumi (kehidupan lebih disukai berbanding kematian). Jika pemimpin kamu adalah orang yang teruk dari kalangan kamu, orang yang kaya dari kamu pula adalah orang yang kedekut dari kamu, perkara (yang seharusnya dibincangkan) diserahkan kepada kaum wanita, maka perut bumi lebih baik dari bahagian atasnya (kematian lebih diingini berbanding kehidupan yang menyiksakan).

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 855, hadis nombor 4377. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا كانت أمراؤكم خياركم، وأغنياؤكم سمحاءكم، وأموركم شورى بينكم؛ فظهر الأرض خير لكم من بطنها. وإذا كان أمراؤكم شراركم، وأغنياؤكم بخلاءكم، وأمركم إلى نسائكم؛ فبطن الأرض خير لكم من ظهرها)). [ت، الطبري في ((تهذيب الآثار))، الداني في ((الفتن ))، حل، ((الضعيفة)) (6999].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Jika pemimpin kamu adalah orang yang terbaik dari kalangan kamu, orang-orang yang kaya dari kalangan kamu pula adalah orang yang pemurah, dan setiap perkara antara kamu dibincangkan (untuk mencari solusi), maka ketika itu bahagian atas bumi lebih baik buat kamu dari isi perut bumi (kehidupan lebih disukai berbanding kematian). Jika pemimpin kamu adalah orang yang teruk dari kalangan kamu, orang yang kaya dari kamu pula adalah orang yang kedekut dari kamu, perkara (yang seharusnya dibincangkan) diserahkan kepada kaum wanita, maka perut bumi lebih baik dari bahagian atasnya (kematian lebih diingini berbanding kehidupan yang menyiksakan).”
[Riwayat al-Tirmidzi dalam Sunannya, al-Tabari dalam Tahzib al-Athar, al-Dani dalam al-Fitan, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6999].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs