TEKS BAHASA ARAB
إذا استجمر أحدكم؛ فلیوتر، وإن الله وتر يحب الوتر، أما ترى السماوات سبعا، والأرض سبعا، والطواف سبعا، وذكر أشياء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila salah seorang kalian beristinjak dengan batu, maka ganjilkanlah bilangan (batu). Sesungguhnya Allah itu witir (tunggal) dan menyukai bilangan ganjil. Tidakkah kamu melihat langit itu tujuh, bumi itu tujuh, tawaf itu tujuh. Lalu baginda menyebut beberapa perkara lain.
STATUS
Munkar dengan selengkap ini
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 515-516, hadis nombor 2741. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التام) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا استجمر أحدكم؛ فلیوتر، وإن الله وتر يحب الوتر، أما ترى السماوات سبعا، والأرض سبعا، والطواف سبعا، وذكر أشياء». [البزار، حب، ع، ك، هق، «الضعيفة» (5656)].
(Munkar dengan selengkap ini) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah seorang kalian beristinjak dengan batu, maka ganjilkanlah bilangan (batu). Sesungguhnya Allah itu witir (tunggal) dan menyukai bilangan ganjil. Tidakkah kamu melihat langit itu tujuh, bumi itu tujuh, tawaf itu tujuh. Lalu baginda menyebut beberapa perkara lain. [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya, Ibnu Hibban dalam Sahihnya, Abu Ya'la dalam Musnadnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5656].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.