TEKS BAHASA ARAB
إذا بلغ العبد الأربعين؛ خفف الله عنه حسابه، فإذا بلغ الستين؛ رزقه الله الإنابة إليه، فإذا بلغ سبعين؛ أحبه أهل السماء، فإذا بلغ ثمانين سنة؛ ثبت الله حسناته، ومحا عنه سيئاته، فإذا بلغ تسعين سنة؛ غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر، وشفعه في أهل بيته، وكتب في أهل السماء: أسير الله في أرضه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila seorang hamba itu mencecah usia empat puluh, Allah akan meringankan baginya hisabnya. Lalu apabila dia mencecah usia enam puluh, Allah mengurniakannya (keinginan) kembali kepada-Nya. Lalu apabila dia mencecah usia tujuh puluh, Dia menjadikan penduduk langit mencintainya. Lalu apabila dia mencecah usia lapan puluh tahun, Allah mengekalkan kebaikannya dan menghapuskan buatnya keburukannya. Lalu apabila dia mencecah usia sembilan puluh tahun, Allah mengampunkan buatnya dosanya yang telah berlalu dan yang akan datang. Allah juga menerima syafaatnya buat ahli keluarganya, serta ditulis buat penduduk langit: Tawanan Allah di bumi-Nya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 516, hadis nombor 2742. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منکر) عن عثمان بن عفان – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا بلغ العبد الأربعين؛ خفف الله عنه حسابه، فإذا بلغ الستين؛ رزقه الله الإنابة إليه، فإذا بلغ سبعين؛ أحبه أهل السماء، فإذا بلغ ثمانين سنة؛ ثبت الله حسناته، ومحا عنه سيئاته، فإذا بلغ تسعين سنة؛ غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر، وشفعه في أهل بيته، وكتب في أهل السماء: أسير الله في أرضه». [أبو يعلى في ((مسنده الكبير))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (5983)].
(Munkar) Daripada Uthman bin ‘Affan RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang hamba itu mencecah usia empat puluh, Allah akan meringankan baginya hisabnya. Lalu apabila dia mencecah usia enam puluh, Allah mengurniakannya (keinginan) kembali kepada-Nya. Lalu apabila dia mencecah usia tujuh puluh, Dia menjadikan penduduk langit mencintainya. Lalu apabila dia mencecah usia lapan puluh tahun, Allah mengekalkan kebaikannya dan menghapuskan buatnya keburukannya. Lalu apabila dia mencecah usia sembilan puluh tahun, Allah mengampunkan buatnya dosanya yang telah berlalu dan yang akan datang. Allah juga menerima syafaatnya buat ahli keluarganya, serta ditulis buat penduduk langit: Tawanan Allah di bumi-Nya. [Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad al-Kabir dan Ibnu al-Jawzi dalam al-Maudu'at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5983].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.