Mengekalkan amalan itu lebih susah daripada beramal

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الإبقاء على العمل أشد من العمل؛ إن الرجل ليعمل العمل فيكتب عمل صالح معمول به في السر، يضعّف أجره سبعين ضعفا، فلا يزال به الشيطان حتى يذكره للناس ويعلنه، فتكتب له علانية، ويمحا تضعيف أجره كله، ثم لا يزال به الشيطان حتى يذكره للناس الثانية ويحب أن يذكر ويحمد عليه، فيمحا العلانية ويكتب رياء، فاتقي الله امرؤ صان دينه، وإن الرياء شرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengekalkan amalan itu lebih susah daripada beramal. Sungguh, seorang lelaki itu akan beramal dengan suatu amalan, lalu dituliskan baginya amal soleh yang dikerjakan secara sembunyi, digandakan pahalanya dengan tujuh puluh kali ganda. Maka syaitan tidak akan meninggalkannya sehinggalah dia menyebutkan dan menghebahkan amalannya kepada orang ramai. Maka ditulis baginya (amalan) dengan penghebahan, dan dipadam semua gandaan pahalanya. Maka syaitan tidak akan meninggalkannya sehinggalah dia menyebutkannya kepada orang-orang yang lain pula, dan dia suka jika dia disebut-sebut dan dipuji kerana (amalan) itu. Maka dipadam (amalan) dengan penghebahan, dan ditulis baginya (amalan) dengan riyak. Maka seseorang itu bertakwa kepada Allah menjaga agamanya, dan sesungguhnya riyak itu adalah syirik.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 515, hadis nombor 2740. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «الإبقاء على العمل أشد من العمل؛ إن الرجل ليعمل العمل فيكتب عمل صالح معمول به في السرِّ، يضعّف أجره سبعين ضعفا، فلا يزال به الشيطان حتى يذكره للناس ويعلنه، فتكتب له علانية، ويمحا تضعيف أجره كله، ثم لا يزال به الشيطان حتى يذكره للناس الثانية ويحب أن يذكر ويحمد عليه، فيمحا العلانية ويكتب رياء، فاتقي الله امرؤ صان دينه، وإن الرياء شرك». [هب، ((الضعيفة)) (5990)].

(Munkar) Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Mengekalkan amalan itu lebih susah daripada beramal. Sungguh, seorang lelaki itu akan beramal dengan suatu amalan, lalu dituliskan baginya amal soleh yang dikerjakan secara sembunyi, digandakan pahalanya dengan tujuh puluh kali ganda. Maka syaitan tidak akan meninggalkannya sehinggalah dia menyebutkan dan menghebahkan amalannya kepada orang ramai. Maka ditulis baginya (amalan) dengan penghebahan, dan dipadam semua gandaan pahalanya. Maka syaitan tidak akan meninggalkannya sehinggalah dia menyebutkannya kepada orang-orang yang lain pula, dan dia suka jika dia disebut-sebut dan dipuji kerana (amalan) itu. Maka dipadam (amalan) dengan penghebahan, dan ditulis baginya (amalan) dengan riyak. Maka seseorang itu bertakwa kepada Allah menjaga agamanya, dan sesungguhnya riyak itu adalah syirik. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5990].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.