Apabila kamu menulis, maka jelaskanlah huruf sin pada lafaz بسم الله الرحمن الرحيم

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كتبت فبين ( السين ) في ( بسم الله الرحمن الرحيم ).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu menulis, maka jelaskanlah huruf sin (س) pada lafaz (بسم الله الرحمن الرحيم).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 186, hadis nombor 954. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن ثابت – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا كتبت فبين (السين) في ( بسم الله الرحمن الرحيم ))). [أبو الغنائم الدجاجي في ((حديث ابن شاه))، خط، فر، ابن عساكر، الكازروني في ((المسلسلات))، ((الضعيفة)) (1737)]

(Lemah)
Daripada Zayd bin Thabit RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Apabila kamu menulis, maka jelaskanlah huruf sin (س) pada lafaz (بسم الله الرحمن الرحيم).”
[Riwayat Abu al-Ghana’im Al-Dajaji dalam Hadith Ibn Shah, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, al-Daylami dalam Musnad Al-Firdaws, Ibn ‘Asakir dan al-Kazruni dalam al-Musalsalat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1737]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.