TEKS BAHASA ARAB
كان ﷺ إذا قام من المجلس استغفر عشرين مرة فأعلن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda SAW apabila hendak bangun daripada sesuatu majlis, Baginda beristighfar sebanyak 20 kali lalu Baginda memberitahu (mengumumkan).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1417, hadis nombor 7195. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عبد الله بن ناسح الخضرمي مرسلا، قال: كان ﷺ إذا قام من المجلس استغفر عشرين مرة فأعلن.
[ابن السني، ((الضعيفة)) (1370)]
(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin Nasih al-Hadramiy secara mursal (terputus sanad), katanya: Baginda SAW apabila hendak bangun daripada sesuatu majlis, Baginda beristighfar sebanyak 20 kali lalu Baginda memberitahu (mengumumkan).
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1370]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.