Apabila salah seorang kamu menulis, maka taburkanlah debu tanah di atasnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا كتب أحدكم كتابا، فليتربه، فإنه أنجح للحاجة [ و في التراب بركة ].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kamu menulis, maka taburkanlah debu tanah di atasnya (untuk mengeringkan dakwat). Kerana ia akan menyebabkan berjayanya hajat, dan pada debu tanah itu adanya keberkatan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 186, hadis nombor 953. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إذا كتب أحدكم كتابا، فليتربه، فإنه أنجح للحاجة، [وفي التراب بركة])). [ت، عق، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (1738)]

(Lemah)
Daripada Jabir RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah seorang kamu menulis, maka taburkanlah debu tanah di atasnya (untuk mengeringkan dakwat). Kerana ia akan menyebabkan berjayanya hajat, dan pada debu tanah itu adanya keberkatan.
[Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan beliau, al-'Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir dan Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1738]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs