Apabila kamu bercakap dengan manusia, janganlah kamu bercakap dengan mereka dengan perkara yang menakutkan mereka serta menyusahkan mereka

TEKS BAHASA ARAB

إذا حدثتم الناس، فلا تحدثوهم بما يفزعهم ويشق عليهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu bercakap dengan manusia, janganlah kamu bercakap dengan mereka dengan perkara yang menakutkan mereka serta menyusahkan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 32, hadis nombor 112. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا حدثتم الناس، فلا تحدثوهم بما يفزعهم ويشق عليهم )).
[إبن أبي عاصم، أبو القاسم الأصبهاني في ((الحجة))، عد، فر، أبو الحسن القزويني في ((مجلس من الأمالي))، الهراوي في ((ذم الكلام))، ((الضعيفة)) (2492)]

(Lemah) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kamu bercakap dengan manusia, janganlah kamu bercakap dengan mereka dengan perkara yang menakutkan mereka serta menyusahkan mereka.
[Riwayat Ibn Abi ‘Āṣim dalam al-Sunnah, Abū al-Qāsim al-Aṣbahānī dalam al-Ḥujjah, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, Abū al-Ḥasan al-Qazwīnī dalam Majlis min al-Amālī, al-Harawī dalam Dham al-Kalām, Abū Mūsā al-Madīnī dalam al-Laṭā’if. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2492]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs