TEKS BAHASA ARAB
إذا حسدتم فلا تبغوا، وإذا ظننتم فلا تحققوا، وإذا تطيرتم فامضوا، وعلى الله فتوكلوا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kamu hasad janganlah kamu melampau. Apabila kamu bersangka-sangka janganlah kamu anggap ia pasti. Dan apabila kamu rasa pesimis maka buanglah (perasaan itu). Dan kepada Allah SWT hendaklah kamu bertawakal.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 32, hadis nombor 113. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا حسدتم فلا تبغوا، وإذا ظننتم فلا تحققوا، وإذا تطيرتم فامضوا، وعلى الله فتوكلوا)).
[أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، عد، ((الضعيفة)) (2493)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW ): Apabila kamu hasad janganlah kamu melampau. Apabila kamu bersangka-sangka janganlah kamu anggap ia pasti. Dan apabila kamu rasa pesimis maka buanglah (perasaan itu). Dan kepada Allah SWT hendaklah kamu bertawakal.
[Riwayat Abū Bakr al-Sḥāfi‘ī dalam al-Fawā’id, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2493]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.