Apabila dua orang Muslim bertemu, lalu salah seorang mereka memberi salam kepada sahabatnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا التقى المسلمان، فسلم أحدهما على صاحبه؛ كان أحبهما إلى الله تعالى أحسنهما بشرا بصاحبه، ونزلت بينها مائة رحمة، للبادي تسعون، وللمصافح عشرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila dua orang Muslim bertemu, lalu salah seorang mereka memberi salam kepada sahabatnya, yang paling Allah SWT sayangi daripada keduanya adalah yang paling berbuat baik kepada sahabatnya. Lalu turunlah kepada keduanya 100 (rahmat). Bagi yang memulakan 90 rahmat dan bagi yang berjabat tangan itu 10 (rahmat).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 31, hadis nombor 111. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا التقى المسلمان، فسلم أحدهما على صاحبه؛ كان أحبهما إلى الله تعالى أحسنهما بشرا بصاحبه، ونزلت بينها مائة رحمة، للبادي تسعون، وللمصافح عشرة)).
[السهمي، الإسماعيلي، الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، فر، الدولابي معلقا، إبن قدامة في ((المتاحبين في الله))، الضياء في ((المصافحة))، ((الضعيفة)) (2385)]

(Sangat lemah) Daripada Umar bin Al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila dua orang Muslim bertemu, lalu salah seorang mereka memberi salam kepada sahabatnya, yang paling Allah SWT sayangi daripada keduanya adalah yang paling berbuat baik kepada sahabatnya. Lalu turunlah kepada keduanya 100 (rahmat). Bagi yang memulakan 90 rahmat dan bagi yang berjabat tangan itu 10 (rahmat).
[Riwayat al-Sahmī dalam Tārikh al-Jurjān, al-Ismā‘īlī dalam al-Mu‘jam, Ibn Shāhin dalam al-Targhīb, al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlaq, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Dūlābī dalam al-Kunā, Ibn Quddāmah dalam al-Mutaḥābbīn fī Allah, al-Ḍiyā’ al-Maqdisī dalam al-Muṣāfaḥah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2385]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.