TEKS BAHASA ARAB
إذا حملتم؛ فأخروا الحمل، فإن الرجل موثقة، واليد معلقة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kalian membawa (sesuatu), maka letakkanlah barangan itu di belakang haiwan tunggangan. Kerana kaki (hawan) itu dipercayai (kukuh) manakala tangan itu tergantung.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 230-231, hadis nombor 1222. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا حملتم؛ فأخروا الحمل، فإن الرجل موثقة، واليد معلقة». [البزار،طس، هق، خط، ابن الأعرابي، ابن مخلد في «المنتقى من أحاديثه»، «الضعيفة» (6455)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila kalian membawa (sesuatu), maka letakkanlah barangan itu di belakang haiwan tunggangan. Kerana kaki (hawan) itu dipercayai (kukuh) manakala tangan itu tergantung”. [Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Sunan al-Kubra oleh al-Bayhaqi, Tarikh Baghdad oleh al-Khatib, Ibn al-A’rabi dan Ibn Makhlad dalam al-Muntaqa min al-Ahadith. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6455].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.