TEKS BAHASA ARAB
يسلم الرجال على النساء، ولا يسلم النساء على الرجال.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hendaklah golongan lelaki yang memberi salam kepada golongan wanita, dan janganlah golongan wanita yang memberi salam kepada golongan lelaki.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 230, hadis nombor 1221. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن واثلة بن الأسقع – رضي الله عنه -، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «يسلم الرجال على النساء، ولا يسلم النساء على الرجال». [ابن السني، ابن حبان في «الضعفاء»، «الضعيفة» (5435,5756)].
(Palsu) Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Hendaklah golongan lelaki yang memberi salam kepada golongan wanita, dan janganlah golongan wanita yang memberi salam kepada golongan lelaki". [Riwayat Ibn al-Sunni dan Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 5435, 5756].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.