Tidak ada sesuatu yang musnahkan Islam seperti kemusnahan disebabkan oleh (sifat) bakhil

TEKS BAHASA ARAB

ما محق الإسلام محق الشح شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada sesuatu yang musnahkan Islam seperti kemusnahan disebabkan oleh (sifat) bakhil.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 867, hadis nombor 4432. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما محق الإسلام محق الشح شيء)). [ع، طس، تمام، ((الضعيفة)) (1281)].

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’: “Tidak ada sesuatu yang musnahkan Islam seperti kemusnahan disebabkan oleh (sifat) bakhil.”
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnad , al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, Tammam dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah no.1281].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs