Tidak ada sedekah yang lebih besar pahalanya dari (sedekah) air

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ليس صدقة أعظم أجرا من الماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada sedekah yang lebih besar pahalanya dari (sedekah) air.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 867, hadis nombor 4431. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((ليس صدقة أعظم أجرا من الماء)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1451)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada sedekah yang lebih besar pahalanya dari (sedekah) air.”
[Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1451].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.