Sesiapa yang membuka kepada dirinya pintu meminta-minta

TEKS BAHASA ARAB

من فتح على نفسه بابا من السؤال فتح الله عليه سبعين بابا من الفقر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membuka keatas dirinya satu pintu meminta-minta maka Allah akan membuka kepadanya 70 pintu kefakiran.

STATUS

Tiada asalnya dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 867, hadis nombor 4434. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له بهذا اللفظ) ((من فتح على نفسه بابا من السؤال فتح الله عليه سبعين بابا من الفقر)). [((الضعيفة)) (1383)].

(Tiada asalnya dengan lafaz ini)
“Sesiapa yang membuka kepada dirinya pintu meminta-minta maka Allah akan membuka kepadanya 70 pintu kefakiran.”
[Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1383].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs