Antara hasil seorang Muslim yang terbaik ialah bahagiannya (daripada ghanimah) di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

من أطيب كسب المسلم سهمه في سبيل الله وصفقة يده وما تعطيه أرضه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara hasil seorang Muslim yang terbaik ialah bahagiannya (daripada ghanimah) di jalan Allah, transaksi tangannya dan apa yang diberikan oleh tanahnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1027, hadis nombor 5275. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

[ضعيف] عن رجال قالوا: قال النبي: من أطيب كسب المسلم سهمه في سبيل الله وصفقة يده وما تعطيه أرضه. [ص، الضعيفة (٧٠٢٠)]

[Lemah] Daripada beberapa orang lelaki, mereka berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: Antara hasil seorang Muslim yang terbaik ialah bahagiannya (daripada ghanimah) di jalan Allah, transaksi tangannya dan apa yang diberikan oleh tanahnya. [Riwayat Sa’id bin Mansur di dalam al-Sunan, Lihat Silsilah al-Da’ifah (7020)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs