Darah melekat sebesar satu dirham dibersihkan dan solatnya diulang semula

TEKS BAHASA ARAB

الدم مقدار الدرهم يغسل وتعاد منه الصلاة

TEKS BAHASA MALAYSIA

Darah melekat sebesar satu dirham dibersihkan dan solatnya diulang semula.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1189, hadis nombor 2061. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سلمة عن أبي هريرة مرفوعا: «الدم مقدار الدرهم يغسل وتعاد منه الصلاة». [خط، ابن الجوزي، الضعيفة (149)]

(Palsu) Daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Darah melekat sebesar satu dirham dibersihkan dan solatnya diulang semula. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdad dan Ibnu al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 149].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.