TEKS BAHASA ARAB
لما قدم رسول الله من بدر ومعه عمه العباس قال له: يا رسول الله لو أذنت لي فخرجت إلى مكّة فهاجرت منها آو قال: فأهاجر منها فقال رسول الله: اطمئن يا عم فإنّك خاتم المهاجرين في الهجرة كما أنّي خاتم النبيين في النبوّة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila Rasulullah SAW pulang dari medan Badar bersama bapa saudaranya, al-Abbas, beliau berkata kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, adakah kamu mengizinkan aku keluar ke Mekah dan kemudian aku berhijrah darinya. Maka, Rasulullah SAW bersabda: Bertenanglah wahai bapa saudaraku, sesungguhnya engkau adalah penutup para Muhajirin dalam berhijrah, sepertimana diriku ialah penutup sekalian para Nabi dalam bab kenabian.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1027, hadis nombor 5274. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
[ضعيف] عن سهل بن سعد رضي الله عنه قال: لما قدم رسول الله من بدر ومعه عمه العباس قال له: يا رسول الله لو أذنت لي فخرجت إلى مكّة فهاجرت منها آو قال: فأهاجر منها فقال رسول الله: اطمئن يا عم فإنّك خاتم المهاجرين في الهجرة كما أنّي خاتم النبيين في النبوّة. [عبدالله بن أحمد في زوائد فضائل الصحابة، ابن حبّان في المجروحين، عد، ابن عساكر، الضعيفة (٧٠٣٠)]
[Lemah] Daripada Sahl bin Sa’d RA (beliau) berkata: Apabila Rasulullah SAW pulang dari medan Badar bersama bapa saudaranya, al-Abbas, beliau berkata kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, adakah kamu mengizinkan aku keluar ke Mekah dan kemudian aku berhijrah darinya. Maka, Rasulullah SAW bersabda: Bertenanglah wahai bapa saudaraku, sesungguhnya engkau adalah penutup para Muhajirin dalam berhijrah, sepertimana diriku ialah penutup sekalian para Nabi dalam bab kenabian. [Riwayat ‘Abdullah bin Ahmad di dalam Zawa’id Fada’il al-Sahabah, Ibn Hibban di dalam al-Majruhin, Ibn ‘Adi di dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Ibn ‘Asakir di dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah [7030)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.