Allah telah memerintahkan aku supaya mengajarkan kepada kamu apa yang Dia telah ajarkan kepadaku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى أمرني أن أعلمكم مما علمني، وأن أؤدبكم، إذا قمتم على أبواب حجركم؛ فاذكروا اسم الله؛ يرجع الخبيث عن منازلكم وإذا وضع بين يدي أحدكم طعام؛ فليسم الله؛ حتى لا يشارككم الخبيث في أرزاقكم، ومن اغتسل بالليل؛ فليحاذر عن عورته، فإن لم يفعل فأصابه لمم؛ فلا يلومن إلا نفسه، ومن بال في مغتسله فأصابه الوسواس؛ فلا يلومن إلا نفسه، وإذا رفعتم المائدة؛ فاكنسوا ما تحتها؛ فإن الشياطين يلتقطون ما تحتها؛ فلا تجعلوا لهم نصيبا في طعامكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memerintahkan aku supaya mengajarkan kepada kamu apa yang Dia telah ajarkan kepadaku dan supaya aku mendisiplinkan kamu. Apabila kamu berdiri di pintu bilik kamu, maka sebutlah nama Allah, syaitan yang jahat akan kembali daripada kediaman-kediaman kamu. Apabila makanan diletakkan di hadapan seseorang kamu, maka sebutlah nama Allah agar syaitan tidak bersama-sama kamu menikmati rezeki-rezeki kamu. Sesiapa yang mandi pada waktu malam, maka hendaklah dia menjaga auratnya, jika dia tidak melakukannya lalu ditimpa penyakit gila maka jangan dia mencela melainkan dirinya sendiri. Sesiapa yang kencing di tempat mandiannya, lalu dia ditimpa waswas maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri. Apabila kamu mengangkat hidangan, maka sapulah sisa di bawahnya kerana syaitan mengutip sisa yang terdapat di bawahnya, janganlah kamu memberikan habuan kepada mereka makanan kamu.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1224, hadis nombor 6234. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن الله تعالى أمرني أن أعلمكم مما علمني، وأن أؤدبكم، إذا قمتم على أبواب حجركم؛ فاذكروا اسم الله؛ يرجع الخبيث عن منازلكم وإذا وضع بين يدي أحدكم طعام؛ فليسم الله؛ حتى لا يشارككم الخبيث في أرزاقكم، ومن اغتسل بالليل؛ فليحاذر عن عورته، فإن لم يفعل فأصابه لمم؛ فلا يلومن إلا نفسه، ومن بال في مغتسله فأصابه الوسواس؛ فلا يلومن إلا نفسه، وإذا رفعتم المائدة؛ فاكنسوا ما تحتها؛ فإن الشياطين يلتقطون ما تحتها؛ فلا تجعلوا لهم نصيبا في طعامكم.
[الحكيم، ((الضعيفة)) (7082)]

(Sangat munkar)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memerintahkan aku supaya mengajarkan kepada kamu apa yang Dia telah ajarkan kepadaku dan supaya aku mendisiplinkan kamu. Apabila kamu berdiri di pintu bilik kamu, maka sebutlah nama Allah, syaitan yang jahat akan kembali daripada kediaman-kediaman kamu. Apabila makanan diletakkan di hadapan seseorang kamu, maka sebutlah nama Allah agar syaitan tidak bersama-sama kamu menikmati rezeki-rezeki kamu. Sesiapa yang mandi pada waktu malam, maka hendaklah dia menjaga auratnya, jika dia tidak melakukannya lalu ditimpa penyakit gila maka jangan dia mencela melainkan dirinya sendiri. Sesiapa yang kencing di tempat mandiannya, lalu dia ditimpa waswas maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri. Apabila kamu mengangkat hidangan, maka sapulah sisa di bawahnya kerana syaitan mengutip sisa yang terdapat di bawahnya, janganlah kamu memberikan habuan kepada mereka makanan kamu.
[Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7082].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.