Barang siapa yang membaca al-Quran dan fasih dengannya

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ القرآن فأعربه، كان له بكل حرف أربعون حسنة، ومن أعرب بعضاً، ولحن في بعض، كان له بكل حرف عشرون حسنة، ومن لم يعرب منه شيئاً، كان له بكل حرف عشر حسنات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca al-Quran dan fasih dengannya, maka baginya dengan setiap huruf itu ganjaran empat puluh kebaikan, dan barang siapa yang fasih hanya sebahagian dan tersilap pada sebahagian, maka baginya setiap huruf itu dua puluh kebaikan, dan barang siapa yang tidak fasih sesuatu pun daripadanya, maka baginya pahala setiap huruf itu sepuluh kebaikan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1605, hadis nombor 8094. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمر بن الخطاب قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم-: ((من قرأ القرآن فأعربه، كان له بكل حرف أربعون حسنة، ومن أعرب بعضاً, ولحن في بعض، كان له بكل حرف عشرون حسنة، ومن لم يعرب منه شيئاً، كان له بكل حرف عشر حسنات)). [عد، هب، أبو الحسن بن لؤلؤ في ((حديث حمزة بن محمد الكاتب))، الشجري، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (6582)].

(Palsu)
Daripada Umar Bin Al-Khattab RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang membaca al-Quran dan fasih dengannya, maka baginya dengan setiap huruf itu ganjaran empat puluh kebaikan, dan barang siapa yang fasih hanya sebahagian dan tersilap pada sebahagian, maka baginya setiap huruf itu dua puluh kebaikan, dan barang siapa yang tidak fasih sesuatu pun daripadanya, maka baginya pahala setiap huruf itu sepuluh kebaikan.))
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Abu al-Hasan Bin Lu’lu dalam Hadith Hamzah Bin Muhammad al-Katib, al-Shajari, dan al-Dhiya dalam al-Muntaqa. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6582].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs