Ali ialah pemimpin yang bertanggungjawab

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

((علي قائد البررة وقاتل الكفرة منصور من نصره مخذول من خذله)). أما إني صليت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم، فسأل سائل في المسجد فلم يعطه أحد شيئا وكان علي راكعا فأومأ إليه بخنصره وكان يتختم فيها، فأقبل السائل حتى أخذ الخاتم من خنصره، فتضرع النبي صلى الله عليه وسلم إلى عز وجل يدعوه فقال: ((اللهم إن أخي موسى سألك: "رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي واجعل لي وزيرا من أهلي هارون أخي اشدد به أزري وأشركه في أمري كي نسبحك كثيرا ونذكرك كثيرا إنك كنت بنا بصيرا " فأوحيت إليه: " قال قد أوتيت سؤلك يا موسى" اللهم وإني عبدك و نبيك اللهم واشرح لي صدري ويسر لي أمري واجعل لي وزيرا من أهلي عليا اشدد به ظهري)). قال أبو ذر: فما استتم رسول الله صلى الله عليه وسلم الكلمة حتى هبط عليه الأمين جبريل بهذه الأية: [ إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ وَمَن يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ali ialah pemimpin yang bertanggungjawab, pembunuh orang-orang kafir, pembantu kepada yang membantunya dan mengalahkan kepada sesiapa yang dikalahkannya. Pada satu hari aku solat bersama Rasulullah SAW, maka datang seseorang di masjid meminta kepadanya. Namun baginda tidak memberikan apa-apa kepadanya. Sewaktu itu Ali sedang rukuk, dia menunjukkan jari kelingking ke arahnya dan dia sedang memakai cincin padanya. Orang itu menghadapnya dan mengambil cincin di jari kelingkingnya. Maka Rasulullah SAW tunduk kepada Tuhannya dan berdoa kepadanya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya saudaraku Musa meminta kepadamu: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku dan jadikanlah bagiku seorang penyokong dari keluargaku iaitu Harun saudaraku. Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku supaya kami sentiasa beribadat dan memuji-Mu dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingati-Mu. Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami.” Dan engkau telah mewahyukan kepadanya: “Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa." Wahai Tuhanku, aku ialah hamba dan nabimu, maka kau lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, berikanlahku pembantu dalam kalangan ahli keluargaku iaitu Ali, kuatkanlah dia dibelakangku.” Kata Abu Dzar: "Demi Allah, baginda tidak menyempurnakan kalimah tersebut sehingga turun ayat yang dibawa oleh Jibril al-Amin: “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1859, hadis nombor 9381. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي ذر – رضي الله عنه-: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم بهاتين وإلا صمتا ورأيته بهاتين وإلا فعميتا يقول: ((علي قائد البررة وقاتل الكفرة منصور من نصره مخذول من خذله)). أما إني صليت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم، فسأل سائل في المسجد فلم يعطه أحد شيئا وكان علي راكعا فأومأ إليه بخنصره وكان يتختم فيها، فأقبل السائل حتى أخذ الخاتم من خنصره، فتضرع النبي صلى الله عليه وسلم إلى عز وجل يدعوه فقال: ((اللهم إن أخي موسى سألك: "رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي واجعل لي وزيرا من أهلي هارون أخي اشدد به أزري وأشركه في أمري كي نسبحك كثيرا ونذكرك كثيرا إنك كنت بنا بصيرا " فأوحيت إليه: " قال قد أوتيت سؤلك يا موسى" اللهم وإني عبدك و نبيك اللهم واشرح لي صدري ويسر لي أمري واجعل لي وزيرا من أهلي عليا اشدد به ظهري)). قال أبو ذر: فما استتم رسول الله صلى الله عليه وسلم الكلمة حتى هبط عليه الأمين جبريل بهذه الأية: [ إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ وَمَن يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ]. [أورده الشيعي في ((مرجعاته)) من رواية الثعلبي في ((تفسيره)) ((الضعيفة)) (٤٩٥٨)]

(Palsu) Dari Abu Dzar RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW dengan kedua telinga ini kecuali pekak, dan melihat dengan kedua mata ini kecuali buta, baginda bersabda: Ali ialah pemimpin yang bertanggungjawab, pembunuh orang-orang kafir, memenangkan kepada sesiapa yang dimenangkannya dan mengalahkan kepada sesiapa yang dikalahkannya. Pada satu hari aku solat bersama Rasulullah SAW, maka datang seseorang di masjid meminta kepadanya. Namun baginda tidak memberikan apa-apa kepadanya. Sewaktu itu Ali sedang rukuk, dia menunjukkan jari kelingking ke arahnya dan dia sedang memakai cincin padanya. Orang itu menghadapnya dan mengambil cincin di jari kelingkingnya. Maka Rasulullah SAW tunduk kepada Tuhannya dan berdoa kepadanya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya saudaraku Musa meminta kepadamu: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku dan jadikanlah bagiku seorang penyokong dari keluargaku iaitu Harun saudaraku. Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku supaya kami sentiasa beribadat dan memuji-Mu dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingati-Mu. Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami.” Dan engkau telah mewahyukan kepadanya: “Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa." Wahai Tuhanku, aku ialah hamba dan nabimu, maka kau lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, berikanlahku pembantu dalam kalangan ahli keluargaku iaitu Ali, kuatkanlah dia dibelakangku.” Kata Abu Dzar: "Demi Allah, baginda tidak menyempurnakan kalimah tersebut sehingga turun ayat yang dibawa oleh Jibril al-Amin: “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang.” [Diriwayatkan oleh al-Syi’i dalam Muraja’ah beliau daripada riwayat al-Tha’labi dalam tafsir beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4958]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.