Sesungguhnya Allah tidak memerintahkan kepadaku untuk mencintai dunia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله – تبارك وتعالى – لم يأمرني بكنز الدنيا، ولا باتباع الشهوات، فمن كنز دنيا يريد به حياة باقية، فإن الحياة بيد الله عزَّ وجلَّ، ألا وإني لا أكنز دينارا ولا درهما، ولا أخبأ رزقا لغد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah tidak memerintahkan kepadaku untuk mencintai dunia, dan tidak pula mengikut hawa nafsu. Maka sesiapa yang mencintai dunia dalam keadaan dia menginginkan kehidupan yang kekal, sesungguhnya kehidupan ini semuanya di tangan Allah, bahkan aku sendiri tidak menyimpan satu dinar mahupun satu dirham, begitu juga aku tidak menyimpan rezeki untuk keesokkan harinya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2029, hadis nombor 10205. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: خرجت مع رسول الله ﷺ حتى دخل بعض حيطان الأنصار، فجعل يلتقط من التمر ويأكل، فقال: يا ابن عمر! ما لك لا تأكل؟! قلت: يا رسول الله! لا أشتهيه.قال: لكني أشتهيه، وهذا صبح رابعة لم أذق طعاما ولم أجده، ولو شئت لدعوت ربي فأعطاني مثل كسرى وقيصر، فكيف بك يا ابن عمر! إذا بقيت في قوم يخبؤن رزق سنتهم؟! قال: فوالله ما برحنا حتى نزلت: ﴿وَكَأَيِّن مِّن دَآبَّةٍ لَّا تَحْمِلُ رِزْقَهَا ﭐللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْج وَهُوَ ﭐلسَّمِيعُ ﭐلْعَلِيمُ﴾. فقال رسول الله ﷺ: إن الله – تبارك وتعالى – لم يأمرني بكنز الدنيا، ولا باتباع الشهوات، فمن كنز دنيا يريد به حياة باقية، فإن الحياة بيد الله، ألا وإني لا أكنز دينارا ولا درهما، ولا أخبأ رزقا لغد.
[ابن أبي الدنيا في ((الجوع))، ((الضعيفة)) (4874)]

(Sangat lemah)
Daripada Ibn Umar RA, berkata: Aku telah keluar bersama-sama Rasulullah SAW sehingga baginda masuk sebahagian dalam kebun orang-orang Ansar, kemudian Rasulullah SAW pergi ke pokok tamar dan memetik buah tamar dan memakannya, Rasulullah SAW bersabda: Wahai Ibn Umar! Kenapa kamu tidak makan?! Aku berkata: Wahai Rasulullah! Aku tidak selera memakannya. Maka bersabda Rasulullah SAW: Tetapi aku selera, ini subuh keempat aku tidak menjamah makanan atau mendapati apa-apa makanan, sekiranya aku berdoa, nescaya akan diberikan kepadaku walau istana Qisra dan Qaisar, maka bagaimana wahai Ibn Umar! Jika kamu tinggal dalam kaum yang menyembunyikan rezeki setahun mereka?. Dia berkata: Demi Allah, apakah tanda ini sehingga turun ayat: ﴾Dan berapa banyak makhluk bergerak yang bernyawa yang tidak dapat membawa atau mengurus rezekinya sendiri. Allah lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui﴿. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah tidak memerintahkan kepadaku untuk mencintai dunia, dan tidak pula mengikut hawa nafsu. Maka sesiapa yang mencintai dunia dalam keadaan dia menginginkan kehidupan yang kekal, sesungguhnya kehidupan ini semuanya di tangan Allah, bahkan aku sendiri tidak menyimpan satu dinar mahupun satu dirham, begitu juga aku tidak menyimpan rezeki untuk keesokkan harinya.
[Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam al-Ju’. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4874]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.