TEKS BAHASA ARAB
إن الله قال: يا عيسى! إني باعث من بعدك أمة إن أصابهم ما يحبون حمدوا الله، وإن أصابهم ما يكرهون احتسبوا وصبروا، ولا حلم ولا علم. فقال: يا رب! كيف يكون هذا لهم ولا حلم ولا علم؟! قال: أعطيهم من حلمي وعلمي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah berfirman: Wahai Isa! Sesungguhnya Aku utuskan selepasmu satu umat apabila mereka ditimpa sesuatu yang mereka suka mereka mereka memuji-Ku, dan apabila mereka diuji dengan sesuatu musibah yang mereka tidak suka, maka mereka mengharapkan paha pahala dan bersabar, dan tidak ada kelembutan dan ilmu. Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimana semua ini berlaku tanpa ilmu dan kelembutan? Dia berkata: Aku memberi mereka sebahagian daripada kelembutan-Ku dan ilmu-Ku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2029, hadis nombor 10204. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي الدرداء – رضي الله عنه -، قال: سمعت أبا القاسم ﷺ يقول: إن الله قال: يا عيسى! إني باعث من بعدك أمة إن أصابهم ما يحبون حمدوا الله، وإن أصابهم ما يكرهون احتسبوا وصبروا، ولا حلم و لا علم.فقال: يا رب! كيف يكون هذا لهم ولا حلم ولا علم؟! قال: أعطيهم من حلمي و علمي.
[ك، حم، حل، هب، ابن عساكر، الخرائطي في ((فضيلة الشكر))، ابن أبي الدنيا في (( الصبر ))، ((الضعيفة)) (4991)]
(Lemah)
Daripada Abu Darda RA, berkata: Aku telah dengar Abu al-Qasim (Rasulullah) SAW berkata: Sesungguhnya Allah berfirman: Wahai Isa! Sesungguhnya Aku utuskan selepasmu satu umat apabila mereka ditimpa sesuatu yang mereka suka mereka mereka memuji-Ku, dan apabila mereka diuji dengan sesuatu musibah yang mereka tidak suka, maka mereka mengharapkan paha pahala dan bersabar, dan tidak ada kelembutan dan ilmu. Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimana semua ini berlaku tanpa ilmu dan kelembutan? Dia berkata: Aku memberi mereka sebahagian daripada kelembutan-Ku dan ilmu-Ku.
[Riwayat Mustadrak, Ahmad, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, al-Baihaqi dalam al-Syu’ab, Ibn ‘Asakir, al-Kharaiti dalam Fadhilat al-Syukr, Ibn Abu al-Dunya dalam al-Sabr. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4991]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.