Sesungguhnya Allah akan menguji setiap daripada kamu dengan kesusahan

TEKS BAHASA ARAB

إن الله ليجرب أحدكم بالبلاء وهو أعلم به؛ كما يجرب أحدكم ذهبه بالنار: فمنه ما يخرج كالذهب الإبريز؛ فذلك الذي نجاه الله من الشبهات، ومنه ما يخرج كالذهب دون ذلك؛ فذلك الذي يشك بعض الشك، ومنه ما يخرج كالذهب الأسود؛ فذلك الذي قد افتتن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah akan menguji setiap daripada kamu dengan kesusahan dan Dia lebih mengetahui tentangnya seperti mana kamu mencairkan emas dengan api: Ada antaranya keluar sebagai emas tulen, maka itulah yang Allah akan selamatkannya daripada rasa ragu-ragu dan ada juga antaranya keluar sebagai emas yang tidak tulen, maka dia akan ragu-ragu, ada juga antaranya yang keluar sebagai emas hitam, maka dialah yang tergoda (dengan dunia).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2029, hadis nombor 10206. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: إن الله ليجرب أحدكم بالبلاء وهو أعلم به؛ كما يجرب أحدكم ذهبه بالنار: فمنه ما يخرج كالذهب الإبريز؛ فذلك الذي نجاه الله من الشبهات، ومنه ما يخرج كالذهب دون ذلك؛ فذلك الذي يشك بعض الشك، ومنه ما يخرج كالذهب الأسود؛ فذلك الذي قد افتتن.
[ابن أبي الدنيا في ((الكفارات))، الأصفهاني، ((الضعيفة)) (4995)]

(Sangat lemah)
Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW):

Sesungguhnya Allah akan menguji setiap daripada kamu dengan kesusahan dan Dia lebih mengetahui tentangnya seperti mana kamu mencairkan emas dengan api: Ada antaranya keluar sebagai emas tulen, maka itulah yang Allah akan selamatkannya daripada rasa ragu-ragu dan ada juga antaranya keluar sebagai emas yang tidak tulen, maka dia akan ragu-ragu, ada juga antaranya yang keluar sebagai emas hitam, maka dialah yang tergoda (dengan dunia).


[Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam al-Kaffarat, al-Asfahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4995]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs