TEKS BAHASA ARAB
نصرت بالصبا، وكانت عذابا على من قبلي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku telah dibantu dengan angin al-Soba (angin timur), ia merupakan azab bagi kaum sebelumku.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1357, hadis nombor 6925. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً)
عن محمد بن عمرو أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: نصرت بالصبا، وكانت عذاباً على من قبلي.
[الشافعي في ((مسنده))، ((الضعيفة)) (5252)]
(Sangat lemah)
Daripada Muhammad bin ‘Amr bahawa Nabi SAW bersabda: Aku telah dibantu dengan angin al-Soba (angin timur), ia merupakan azab bagi kaum sebelumku.
[Riwayat al-Shafi’e dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5252]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.