TEKS BAHASA ARAB
نعم؛ ما لم تقم على باب سدة، أو تأتي أميرا تسأله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ya, selagi kamu tidak berada di pintu singgahsana atau selagi kamu tidak mendatangi pemerintah untuk kamu meminta kepadanya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1357, hadis nombor 6926. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن ثوبان رضي الله عنه، قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم دعا لأهله، فذكر علياً وفاطمة وغيرهما. فقلت: يا رسول الله! من أهل البيت أنا؟ قال: نعم؛ ما لم تقم على باب سدة، أو تأتي أميراً تسأله.
[طس، ((الضعيفة)) (5366)]
(Lemah)
Daripada Thawban RA telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa untuk ahli keluarga baginda lalu baginda menyebutkan ‘Ali, Fatimah dan selain mereka berdua. Aku pun bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah aku termasuk ahli bait? Baginda bersabda: Ya, selagi kamu tidak berada di pintu singgahsana atau selagi kamu tidak mendatangi pemerintah untuk kamu meminta kepadanya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5366]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.