Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ لَكُمْ فِي كُلِّ جُمُعَةٍ حَجَّةً وَعُمْرَةً، فالحجَّةُ: الهجِيرُ للجُمُعَةِ، والعُمْرَةُ: انْتِظَارُ الْعَصْرِ بَعْدَ الْجُمُعَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya pada setiap hari Jumaat ada haji dan umrah buat kalian. Adapun haji itu ketika panas terik Jumaat, manakala umrah itu ialah menunggu asar selepas solat Jumaat.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Sa'id al-Sa'idi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 336, hadis no. 1762. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Sahl bin Sa‘d al-Sa‘idi RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya pada setiap hari Jumaat ada haji dan umrah buat kalian. Adapun haji itu ketika panas terik Jumaat, manakala umrah itu ialah menunggu asar selepas solat Jumaat.” [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan Abu ‘Uthman al-Bahiri dalam al-Fawa’id. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6208].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman