Aku mengetahui segolongan manusia yang bukan daripada kalangan para nabi mahupun syuhada

TEKS BAHASA ARAB

إني لأعرف ناسا ما هم أنبياء ولا شهداء، يغبطهم الأنبياء والشهداء بمنزلتهم يوم القيامة: الذين يحبون الله ويحببونه إلى خلقه، يأمرونهم بطاعة الله، فإذا أطاعوا الله، أحبهم الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku mengetahui segolongan manusia yang bukan daripada kalangan para nabi mahupun syuhada, tetapi para nabi dan syuhada berasa cemburu dengan kedudukan mereka pada hari kiamat: iaitu mereka yang mencintai Allah dan membuatkan Allah cinta kepada makhluk-Nya, dengan menyuruh mereka melakukan ketaatan kepada Allah. Ini kerana apabila mereka mentaati Allah, Allah akan mencintai mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2053, hadis nombor 10328. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي سعيد -رضي الله عنه- أن النبي ﷺ قال: إني لأعرف ناسا ما هم أنبياء ولا شهداء، يغبطهم الأنبياء والشهداء بمنزلتهم يوم القيامة: الذين يحبون الله ويحببونه إلى خلقه، يأمرونهم بطاعة الله، فإذا أطاعوا الله، أحبهم الله.
[البزار، ((الضعيفة)) (6405)]

(Palsu)
Daripada Abu Sa’id RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Aku mengetahui segolongan manusia yang bukan daripada kalangan para nabi mahupun syuhada, tetapi para nabi dan syuhada berasa cemburu dengan kedudukan mereka pada hari kiamat: iaitu mereka yang mencintai Allah dan membuatkan Allah cinta kepada makhluk-Nya, dengan menyuruh mereka melakukan ketaatan kepada Allah. Ini kerana apabila mereka mentaati Allah, Allah akan mencintai mereka. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6405]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs