Allah mewahyukan kepada Nabi ‘Isa AS: Wahai ‘Isa! Kamu telah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain

TEKS BAHASA ARAB

أوحى اللهُ إلى عيسى عليه السلامُ: أن يا عيسى! انتقل من مكان إلى مكان؛ لئلا تُعرف؛ فتؤذى، فوعزتي وجلالي لأزوجنك ألفَي حوراء، ولأُوْلِمَنَّ عليك مائة عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah mewahyukan kepada Nabi ‘Isa AS: Wahai ‘Isa! Kamu telah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain supaya tidak dikenali, lalu kamu disakiti. Dengan kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku akan menikahkan kamu dengan 2000 orang bidadari, dan Aku akan mengadakan majlis walimah untukmu selama 100 tahun.

STATUS

Munkar, jika tidak palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2054, hadis nombor 10329. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر إن لم يكن موضوعا)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: أوحى اللهُ إلى عيسى عليه السلامُ: أن يا عيسى! انتقل من مكان إلى مكان؛ لئلا تُعرف؛ فتؤذى، فوعزتي وجلالي لأزوجنك ألفَي حوراء، ولأُوْلِمَنَّ عليك مائة عام.
[خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6261)]

(Munkar, jika tidak palsu)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah mewahyukan kepada Nabi ‘Isa AS: Wahai ‘Isa! Kamu telah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain supaya tidak dikenali, lalu kamu disakiti. Dengan kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku akan menikahkan kamu dengan 2000 orang bidadari, dan Aku akan mengadakan majlis walimah untukmu selama 100 tahun.
[Riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6261]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs