Nabi SAW apabila keluar berperang, orang terakhir yang Baginda jumpa ialah Fatimah

TEKS BAHASA ARAB

إن النبي ﷺ كان إذا خرج في غزاة؛ كان آخر عهده بفاطمة، وإذا قدم من غزاة؛ كان أول عهده بفاطمة رضوان الله عليها، فإنه خرج لغزوة تبوك ومعه عليّ رضوان الله عليه، فقامت فاطمة فبسطت في بيتها بساطا، وعلقت على بابها سترا، وصبغت مقنعتها بزعفران، فلما قدم أبوها ﷺ، ورأى ما أحدثت؛ رجع فجلس في المسجد، فأرسلت إلى بلال فقالت: يا بلال اذهب إلى أبي، فسله ما يرده عن بابي، فأتاه، فسأله، فقال ﷺ: إني رأيتها أحدثت ثم شيئاً. فأخبرها، فهتكت الستر، ورفعت البساط، وألقت ما عليها، ولبست أطمارها، فأتاه بلال فأخبره، فأتاها فاعتنقها وقال: هكذا كوني، فداك أبي وأمي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW apabila keluar berperang, orang terakhir yang Baginda jumpa ialah Fatimah. Dan apabila Baginda pulang dari medan perang, orang pertama yang Baginda jumpa ialah Fatimah RA. Suatu ketika Baginda keluar menyertai perang Tabuk bersama-sama ‘Ali RA. Fatimah bingkas membentang tikar, menggantung kain tabir pada pintunya dan mencelup penutup mukanya dengan zafaran. Apabila ayahnya SAW datang dan melihat apa yang beliau lakukan, Baginda berpatah balik dan pergi duduk di masjid. Lalu Fatimah menghantar utusan kepada Bilal lalu berkata: Wahai Bilal! Pergilah kepada ayahku dan tanyakan kepada Baginda, apa yang menyebabkannya keluar dari pintu rumahku. Bilal pun datang menemui Baginda dan bertanya kepada Baginda. Lalu Baginda SAW menjawab: “Aku melihat Fatimah melakukan sesuatu di sana.” Bilal pun memberitahu Fatimah. Lalu Fatimah terus mengoyakkan kain penutup pintu, menyimpan semula tikar, membuang apa yang ada pada beliau dan memakai pakaian beliau yang suci. Lalu Bilal datang menemui Baginda dan memberitahunya tentang apa yang Fatimah lakukan. Baginda pun datang menemui Fatimah dan memeluknya lalu bersabda: “Beginilah keadaanku, hanya bapa dan ibuku menjadi penebusmu.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2053, hadis nombor 10327. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: إن النبي ﷺ كان إذا خرج في غزاة؛ كان آخر عهده بفاطمة، وإذا قدم من غزاة؛ كان أول عهده بفاطمة رضوان الله عليها، فإنه خرج لغزو تبوك ومعه عليّ رضوان الله عليه، فقامت فاطمة فبسطت في بيتها بساطا، وعلقت على بابها سترا، وصبغت مقنعتها بزعفران، فلما قدم أبوها ﷺ، ورأى ما أحدثت؛ رجع فجلس في المسجد، فأرسلت إلى بلال فقالت: يا بلال اذهب إلى أبي، فسله ما يرده عن بابي، فأتاه، فسأله، فقال ﷺ: إني رأيتها أحدثت ثم شيئاً. فأخبرها، فهتكت الستر، ورفعت البساط، وألقت ما عليها، ولبست أطمارها، فأتاه بلال فأخبره، فأتاها فاعتنقها وقال: هكذا كوني، فداك أبي وأمي.
[حب، ((الضعيفة)) (6269)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Nabi SAW apabila keluar berperang, orang terakhir yang Baginda jumpa ialah Fatimah. Dan apabila Baginda pulang dari medan perang, orang pertama yang Baginda jumpa ialah Fatimah RA. Suatu ketika Baginda keluar menyertai perang Tabuk bersama-sama ‘Ali RA. Fatimah bingkas membentang tikar, menggantung kain tabir pada pintunya dan mencelup penutup mukanya dengan zafaran. Apabila ayahnya SAW datang dan melihat apa yang beliau lakukan, Baginda berpatah balik dan pergi duduk di masjid. Lalu Fatimah menghantar utusan kepada Bilal lalu berkata: Wahai Bilal! Pergilah kepada ayahku dan tanyakan kepada Baginda, apa yang menyebabkannya keluar dari pintu rumahku. Bilal pun datang menemui Baginda dan bertanya kepada Baginda. Lalu Baginda SAW menjawab: “Aku melihat Fatimah melakukan sesuatu di sana.” Bilal pun memberitahu Fatimah. Lalu Fatimah terus mengoyakkan kain penutup pintu, menyimpan semula tikar, membuang apa yang ada pada beliau dan memakai pakaian beliau yang suci. Lalu Bilal datang menemui Baginda dan memberitahunya tentang apa yang Fatimah lakukan. Baginda pun datang menemui Fatimah dan memeluknya lalu bersabda: “Beginilah keadaanku, hanya bapa dan ibuku menjadi penebusmu.”
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6269]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs