Aku melihat pada malam aku diisrakkan terdapat satu perkataan yang tertulis di pintu syurga

TEKS BAHASA ARAB

رأيت ليلة أسري بي مكتوبا على باب الجنة : الصدقة بعشر أمثالها ، والقرض بثمانية عشر ، فقلت لجبريل : ما بال القرض أفضل من الصدقة ؟ قال : لأن السائل يسأل وعنده شيء ، والمستقرض لا يستقرض إلا من حاجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat pada malam aku diisrakkan terdapat satu perkataan yang tertulis di pintu syurga: Sedekah itu 10 kali ganda ganjarannya, pinjaman hutang 18 kali ganda ganjarannya, lalu aku berkata pada Jibril: Bagaimana hutang pinjaman lebih baik dari sedekah? Beliau berkata: Ini kerana orang yang meminta-meminta itu padanya ada sesuatu, manakala orang yang meminjam tidak meminjam kecuali kerana memerlukan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 665-666, hadis nombor 3434. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((رأيت ليلة أسري بي مكتوبا على باب الجنة: الصدقة بعشر أمثالها، والقَرض بثمانية عشر، فقلت لجبريل: ما ‌بال ‌القَرض أفضل من الصدقة؟ قال: لأن السائل يسأل وعنده شيء، والمستقرض لا يستقرض إلا من حاجة)). [ه، الشهرزوري في ((الأمالي))، الربعي في ((جزء من حديثه))، عد، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، هب، أبو نعيم في ((جزء من الأمالي))، ((الضعيفة))(3637)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’: “Aku melihat pada malam aku diisrakkan terdapat satu perkataan yang tertulis di pintu syurga: Sedekah itu 10 kali ganda ganjarannya, pinjaman hutang 18 kali ganda ganjarannya, lalu aku berkata pada Jibril: Bagaimana hutang pinjaman lebih baik dari sedekah? Beliau berkata: Ini kerana orang yang meminta-meminta itu padanya ada sesuatu, manakala orang yang meminjam tidak meminjam kecuali kerana memerlukan.” [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Syahrazuri dalam al-Amali, al-Rib’ie dalam Juz min Hadithih, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa’, Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal al-Mutanahiah, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, Abu Nuaim dalam Juz’ min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3637]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs