Hur al-Ain itu dicipta dari tasbih para malaikat, mereka tiada kekotoran

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خلق الحور العين من تسبيح الملائكة، فليس فيهن أذى، وقال الله : { إنا أنشأناهن إنشاء . فجعلناهن أبكارا . عربا } [ الواقعة : 35 – 37 ] عواشق لأزواجهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hur al-Ain itu dicipta dari tasbih para malaikat, mereka tiada kekotoran. Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.” [Al-Waqiah: 35-37] yang sentiasa merindukan suami-suami mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 665, hadis nombor 3433. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: خلق الحور العين من تسبيح الملائكة، فليس فيهن أذى، وقال الله: (إنا أنشأناهن إنشاء. فجعلناهن أبكارا. عربا أترابا [الواقعة: ٣٥ – ٣٧] عواشق لأزواجهن)). [فر،((الضعيفة))(3540)]

(Lemah) Daripada Aisyah RA secara marfu’: “Hur al-Ain itu dicipta dari tasbih para malaikat, mereka tiada kekotoran. Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.” [Al-Waqiah: 35-37] yang sentiasa merindukan suami-suami mereka.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3540]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.