Angin selatan adalah dari syurga iaitu angin yang membawa benih

TEKS BAHASA ARAB

ريح الجنوب من الجنة ، وهي الريح اللاقح وهي الريح التي ذكر الله في كتابه وفيها منافع للناس والشمال من النار تخرج فتمر بالجنة فيصيبها لفحة منها ؛ فبردها هذا من ذاك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Angin selatan adalah dari syurga iaitu angin yang membawa benih, ia juga angin yang disebutkan oleh Allah dalam kitab-Nya, padanya ada banyak manfaat untuk manusia. Angin dari utara pula adalah dari neraka, ia keluar dan melalui syurga, lalu syurga terkena bahangnya, kesejukannya ini adalah darinya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 666, hadis nombor 3435. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ‌((ريح ‌الجنوب من الجنة، وهي الريح اللاقح، وهي الريح التي ذكر اللهُ في كتابه، وفيها منافع للناس، والشمال من النار، تخرج فتمر بالجنة، فيصيبها لفحة منها؛ فبردها هذا من ذاك)). [ابن جرير، فر، ((الضعيفة)) (3652)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: Angin selatan adalah dari syurga iaitu angin yang membawa benih, ia juga angin yang disebutkan oleh Allah dalam kitab-Nya, padanya ada banyak manfaat untuk manusia. Angin dari utara pula adalah dari neraka, ia keluar dan melalui syurga, lalu syurga terkena bahangnya, kesejukannya ini adalah darinya.[Riwayat Ibn Jarir dalam Tafsirnya, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3652]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs