Sesiapa yang memberikan pendapat tentang al-Qur'an dengan akal fikirannya

TEKS BAHASA ARAB

من قال في القرآن برأيه فأصاب فقد أخطأ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memberikan pendapat tentang al-Qur’an dengan akal fikirannya, lalu dia betul, dia tetap dikira silap.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 7, hadis nombor 110. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (3652) والنسائي فضائل القرآن (111) والترمذي (2953) وأبو يعلى (3/ 90) والطبري (رقم 80) والطبراني في الكبير (ج 2/ رقم 1672) وابن عدي (3/1288) وابن الأنباري في المصاحف والبغوي في شرح السنة (1/ 258- 259) وفي تفسيره (1/35) والبيهقي في ((الشعب)) والخطيب في الفقيه والمتفقه (1/ 57) وابن النجار في ذيل تاريخ بغداد (2/72) من طرق عن سهيل بن أبي حزم ثنا أبو عمران الجوني، عن جندب بن عبد الله البجلي مرفوعا فذكره.
قال البغوي: غريب. وذكر أبو حاتم في العلل (2/64) علة أخرى له وضحتها في كتأبي جنة المستغيث بشرح علل الحديث لابن أبي حاتم يسر الله إتمامه بخير.
قلت: ونقل بعضهم عن الترمذي أنه قال: حديث غريب. ولكني لم أجده في نسختي من السنن فلعله سقط من الطابع أو هو في نسخة أخرى. والله أعلم. وهذا الحديث ضعيف لأجل سهيل بن أبي حزم، فقد ضعفه أحمد، والبخاري، وأبو حاتم، وغيرهم.
وله شاهد من حديث ابن عباس رضي الله عنهما. أخرجه ابن عدي في الكامل (6/2130) من طريق محمد بن السائب الكلبي عن أبي صالح عن ابن عباس مرفوعا: من قال في القرآن برأيه فإن أصاب لم يأجر.
وهذا حديث ساقط ومحمد بن السائب الكلبي كذبه غير واحد وشاهد من حديث ابن عمر رضى الله عنهما مرفوعا ولفظه: من فسر القرآن برأيه، فأصاب، كتبت عليه خطيئة. أخرجه الديلمي مسند الفردوس والنقاش في تفسيره من طريق نوح بن أبي مريم، عن زيد العمى، عن سعيد بن جبير، عن ابن عمر مرفوعا. فذكره.
قلت: وهذا ساقط أيضا، ونوح بن أبي مريم: هو الكذاب المعروف الذي وضع أحاديث فضائل سور القرآن حتى قال فيه ابن حبان جمع كل شي إلا الصدق. وفي الباب عن أبي هر يره مرفوعا بلفظ: من فسر القرآن برأيه وهو على وضوء، فليعد وضوئه. أخرجه الديلمي في مسند الفردوس وفي سنده عثمان بن مطر.قال ابن حبان: يروي الموضوعات عن الأثبات. وقال الزبيدي في إتحاف السادة : منكر جدا.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abuu Daud (3652), al-Nasa’ei dalam Fadhail al-Qur’an (111), al-Tirmizi (2953), Abu Ya’la (3/90), al-Tabari (hadith : 80), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 2/hadith nombot 1672), Ibn ‘Adi (3/1288), Ibn al-Anbari dalam al-Masahif, al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (1/258-259) dan dalam Tafsir beliau (1/35), al-Baihaqi dalam al-Shu’ab, al-Khatib dalam al-Faqih Wa al-Mutafaqqih (1/57),dan Ibn al-Najjar dalam Zail Tarikh Baghdad (2/72) melalui sanad Suhail bin Abi Hazm, katanya Abu ‘Imran al-Juni telah menceritakan kepada kami daripada Jundub bin Abd Allah al-Bujali secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Al-Baghawi berkata: Gharib. Abu Hatim dalam al-‘Ilal (2/64) menyebutkan kecacatan lain dan telah saya jelaskan dalam buku saya Jannah al-Mustaghith Bi Syarh ‘Ilal al-Hadith oleh Ibn Abi Hatim. Semoga Allah mempermudahkan untuk menyelesaikannya dengan baik.
Saya berkata: Sebahagian mereka menukilkan daripada al-Tirmizi, katanya: Hadith gharib. Namun, saya tidak menemui dalam nuskhah Sunan al-Tirmizi saya. Kemungkinan ianya tergugur daripada cetakan atau ianya berada dalam nuskhah yang lain. Wallahua’lam.
Hadith ini dha’if disebabkan oleh Suhail bin Abi Hazm. Beliau telah dinilai dha’if oleh Ahmad, al-Bukhari, Abu Hatim, dan lain-lain. Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Ibn ‘Abbas r.a. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (6/2130) melalui sanad Muhammad bin al-Sa’ib al-Kalbi daripada Abu Soleh daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’: "Sesiapa yang memberikan pandangan terhadap al-Qur’an menggunakan akalnya, sekalipun ia betul tetap tidak akan diberikan pahala".
Hadith ini saqit (terlalu dha’if). Muhammad bin al-Sa’ib al-Kalbi telah dinilai sebagai pendusta oleh bukan seorang sahaja ulama. Juga ada sokongan melalui hadith Ibn ‘Umar RA secara marfu’ dengan lafaz: "Sesiapa yang menafsirkan al-Qur’an dengan akalnya, lalu dia betul, maka tetap dicatat sebagai dosa". Ianya telah dikeluarkan oleh al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Naqqash dalam Tafsir beliau melalui sanad Nuh bin Abi Maryam daripada Zaid al-‘Ammi daripada Sa’id bin Jubair daripada Ibn ‘Umar secara marfu’, lalu beliau menyebutkannya.
Saya berkata: Sanad ini juga saqit (terlalu dha’if). Nuh bin Abi Maryam merupakan seorang yang terkenal sebagai pendusta yang membuat hadith-hadith palsu berkenaan kelebihan surah-surah al-Qur’an hingga Ibn Hibban berkata tentang beliau: "Beliau menghimpunkan semua perkara kecuali bercakap benar". Dalam bab ini turut diriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ dengan lafaz: "Sesiapa yang menafsirkan al-Qur’an dengan akalnya sewaktu beliau adalah keadaan berwuduk, maka ulangilah wuduknya". Ianya telah dikeluarkan oleh al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws dan dalam sanad terdapat perawi bernama ‘Uthman bin Matar. Ibn Hibban berkata: "Beliau meriwayatkan hadith-hadith palsu daripada perawi-perawi yang kuat". Al-Zubaidi pula berkata dalam Ithaf al-Sadah: "Sangat Munkar".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs