Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tanpa keuzuran, maka hendaklah dia bersedekah satu dinar

TEKS BAHASA ARAB

من تركه جمعة من غير عذر فليتصدق بدينار، فإن لم يجد فبنصف دينار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tanpa keuzuran, maka hendaklah dia bersedekah satu dinar. Jika tidak ada maka dengan setengah dinar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 62, hadis nombor 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (1053) والنسائي (3/ 89) وأحمد (5/ 8) وابن خزيمة (3/ 178) وابن حبان (582، 583) والعقيلي في الضعفاء (ق 184/ 2) وابن أبي شيبة (2/ 154) والطبراني في الكبير (7/ 235) والحاكم 1/280) والبيهقي (3/ 248) وابن الجوزي في الواهيات (466/ 1) من طرق عن همام عن قتادة عن قدامة بن وبرة عن سمرة بن جندب فذكره مرفوعاً.
قلت: وهذا سند ضعيف وله علتان الأولى: قدامة بن وبرة. مجهول كما قال الذهبي والحافظ ابن حجر. فإن قلت: ما فعل بتوثيق ابن معين له؟ فالجواب: أن الصواب قول أحمد وابن خزيمة ومن تبعهما، وابن معين ربما تسامح في توثيق المجاهيل من القدماء فكان يوثق من كان من التابعين أو أتباعهم إذا وجد رواية أحدهم مستقيمة عنده بأن يكون له فيما يرويه متابع، أو شاهد وإن لم يرو عنه إلا واحد، ولم يلغه عنه إلا حديث واحد فمن أولئك مثلاً: الأسقع بن الأسلع والحكم بن عبد الله البلوى، ووهب بن جابر الخيواني وغيرهم.
وهناك علة ثانية إن ثبتت، وهي قول البخاري فيما نقله العقيلي عنه لم يصح سماع قدامة من سمرة ولكن حمل ابن عدي في الكامل (6/ 2074) مقالة البخاري على حديث آخر رواه قتادة، عن قدامة عن سمرة مرفوعاً في التخلف عن الجمعة وليس في ترك الجمعة. فإن لم يثبت كلام ابن عدي فتكون هذه علة ثانية. وأبدى ابن خزيمة علة أخرى فقال: إن صح الخبر، فإني لا أقف على سماع قتادة من قدامة بن وبرة، ولست أعرف قدامة بعدالة ولا جرح قلت: وأما سماع قتادة من قدامة بن وبرة، فوقع في مسند أحمد (5/ 14) وعليه فلا يبقى مسوغ لقول الحاكم: هذا حديث صحيح الإسناد..، ووافقه الذهبي ورواه خالد بن قيس، عن قتادة فوافق هماماً في متنه وخالفه في إسناده أخرجه ابن ماجه (1128) والبيهقي (3/ 248) من طريق نوح بن قيس عن أخيه خالد بن قيس عن قتادة عن الحسن عن سمرة بن جندب به مرفوعاً. قلت: وقتادة مدلس والحسن في سماعه من سمرة اختلاف وعلى فرض أنه سمع منه في الجملة فنحتاج إلى إثبات أنه سمع منه هذا الحديث إذ هو مدلس معروف.
وقد اختلف في إسناده ومتنه. فأخرج أبو داود (1054) والبيهقي (3/ 248) عن أيوب أبي العلاء، والحاكم (1/ 280) عنه وعن سعيد بن بشير، كليهما عن قتادة، عن قدامة بن وبرة عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم مرسلاً وزاد في متنه: فليتصدق بدرهم، أو نصف درهم، أو صاع حنطة، أو نصف صاع. قال أبو داود: ورواه سعيد بن بشير عن قتادة هكذا إلا أنه قال: مدا أو نصف مد. وقال: عن سمرة.أ. هـ‍. أي وصله مخالفاً أيوب أبو العلاء. وروى الحاكم وعنه البيهقي عن أحمد وسأل عن الحديث همام عن قتادة، وعن خلاف أَبي العلاء إياه فيهِ فقالَ: همام عندنا أحفظ من أيوب أبي العلاء. قلْتُ: نعم، والراجح حديث همام عن قتادة، ولكن فيه جهالة قدامة بن وبرة وهذا إن أخطأ طريق الحسن وإلا فخالد بن قيس ثقة وبه يثبت الاختلاف في الإسناد. والله أعلم.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Abu Daud (1053), al-Nasa’ei (3/89), Ahmad (5/8), Ibn Khuzaimah (3/178), Ibn Hibban (582, 583), al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 184/2), Ibn Abi Shaybah (2/154), al-Tabarani dalam al-Kabir (7/235), al-Hakim (1/280), al-Baihaqi (3/248) dan Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (1/466) melalui sanad Hammam daripada Qatadah daripada Qudamah bin Wabarah daripada Samurah bin Jundub, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut secara marfu’.
Saya berkata: Sanad ini dha’if, ianya mempunyai dua kecacatan:
Pertama: Qudamah bin Wabarah seorang yang Majhul sebagaimana disebutkan oleh al-Zahabi dan al-Hafiz Ibn Hajar. Jika anda bertanya: "Bagaimana dengan penilaian thiqah oleh Ibn Ma’in terhadap beliau?". Maka jawabnya: Yang sebetulnya adalah kata-kata Ahmad, Ibn Khuzaimah dan orang-orang yang menuruti mereka berdua. Ibn Ma’in pula beliau bersikap toleransi dalam menilai thiqah terhadap perawi-perawi Majhul dalam kalangan perawi-perawi terdahulu. Ibn Ma’in sering menilai thiqah perawi dalam kalangan Tabi’in atau pengikut kepada Tabi’in apabila ada satu riwayat mereka yang elok di sisi beliau samada kerana adanya sokongan atau penguat sekalipun hanya seorang sahaja perawi yang meriwayatkan daripada perawi tersebut dan hanya satu sahaja hadith yang disampaikan daripadanya. Antara perawi-perawi tersebut sebagai contoh" al-Asqa’ bin al-Asla’, al-Hakam bin ‘Abdillah al-Balawi, Wahb bin Jabir al-Khaiwani dan lain-lain.
Kedua : Disana terdapat kecacatan kedua sekiranya thabit, iaitu kata-kata al-Bukhari sebagaimana yang dinukilkan oleh al-‘Uqaili daripada al-Bukhari: "Tidak sahih Qudamah mendengar daripada Samurah". Namun, Ibn ‘Adi membawakan dalam al-Kamil (6/2074) kata-kata al-Bukhari terhadap satu hadith lain yang diriwayatkan oleh Qatadah daripada Qudamah daripada Samurah secara marfu’ berkenaan terlambat solat Juma’at, bukan berkenaan meninggalkan solat Juma’at. Sekiranya kalam Ibn ‘Adi itu tidak thabit, maka ini adalah kecacatan kedua. Ibn Khuzaimah menzahirkan kecacatan lain, katanya: "Sekiranya hadith ini sahih. Kerana saya tidak menemui bahawa Qatadah mendengar daripada Qudamah bin Wabarah. Saya juga tidak mengetahui mana-mana pujian mahupun kritikan terhadap Qudamah".
Saya berkata: Berkenaan Qatadah mendengar daripada Qudamah, terdapat dalam Musnad Ahmad (5/14). Tidak dapat diterima kata-kata al-Hakim: "Ini adalah hadith yang sahih sanadnya" dan dipersetujui oleh al-Zahabin. Khalid bin Qais turut meriwayatkannya daripada Qatadah, matannya sama seperti Hamam, namun berbeza pada sanadnya. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Majah (1128) dan al-Baihaqi (3/248) melalui sanad Nuh bin Qais daripada saudaranya, Khalid bin Qais daripada Qatadah daripada al-Hasan daripada Samurah bin Jundub hadith tersebut secara marfu’. Saya berkata: Qatadah seorang pelaku tadlis, manakala al-Hasan pula berlaku khilaf tentang beliau mendengar hadith daripada Samurah. Jika diterima bahawa beliau mendengar hadith daripada Samurah secara umum pun, kita masih perlu memastikan bahawa beliau mendengar hadith ini daripada Samurah kerana al-Hasan merupaka perawi Mudallis yang makruf.
Juga berlaku perbezaan pada sanad dan matanya. Abu Daud (1054) dan al-Baihaqi (3/248) telah mengeluarkannya daripada Ayyub Abu al-‘Ala’, al-Hakim (1/280) pula meriwayatkan daripada Ayyub dan Sa’id bin Bashir, kedua-dua mereka meriwayatkannya daripada Qatadah daripada Qudamah bin Wabarah daripada Nabi SAW secara mursal dan berlaku penambahan pada matannya, iaitu: "hendaklah bersedekah dengan satu dirham atau setengah dirham atau satu gantang bali atau setengah gantang". Abu Daud berkata: "Sa’id bin Bashir turut meriwayatkannya daripada Qatadah sedemikian, namun dalam riwayat beliau menyebutkan: "satu cupak atau setengah cupak" dan juga berkata: "daripada Samurah". Iaitu beliau meriwayatkannya secara bersambung, berbeza dengan Ayyub Abu al-‘Ala’. Al-Hakim turut meriwayatkan, juga al-Baihaqi daripada al-Hakim, daripada Ahmad, beliau ditanya tentang hadith Hamam daripada Qatadah dan tentang perbezaan Abu al-‘Ala’ dengan Hamam dalam sanad itu. Lalu Ahmad menjawab: "Menurut kami Hamam lebih kuat hafalan berbanding Ayyub Abu al-‘Ala’".
Saya berkata: Ya, yang rajih adalah hadith Hamam daripada Qatadah. Namun, dalam sanad Hamam pula, Qudamah bin Wabarah seorang yang Majhul. Ini sekiranya sanad al-Hasan adalah tersilap, jika tidak, Khalid bin Qays seorang yang thiqah, dengan ini thabitlah perbezaan dalam sanad tersebut. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs