Akan terjadi satu fitnah (bencana), orang yang paling selamat dalam fitnah tersebut adalah tentera barat iaitu di Mesir

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تكون فتنة أسلم الناس فيها الجند الغربي: يعني في مصر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan terjadi satu fitnah (bencana). Orang yang paling selamat dalam fitnah tersebut adalah tentera barat iaitu di Mesir.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1929, hadis nombor 9678. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عمرو بن الحمق – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تكون فتنةٌ أسلمُ الناس فيها الجند الغربي. يعني: في مصر. [البزار، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6474)]

(Munkar) Daripada Amru Bin Al-Hamq RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan terjadi satu fitnah. Orang yang paling selamat dalam fitnah tersebut adalah tentera barat iaitu di Mesir. [Riwayat al-Bazzar dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6474]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.