Aku melihat baginda bertakbir pada hari-hari tasyrik, bermula dari waktu zuhur hari sembelihan

TEKS BAHASA ARAB

رأيته كبر في أيام التشريق من صلاة الظهر يوم النحر حتى خرج من منى، يكبر في دبر كل صلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat baginda bertakbir pada hari-hari tasyrik, bermula dari waktu zuhur hari sembelihan (hari pertama raya Aidiladha), hingga baginda keluar dari Mina. Baginda bertakbir pada setiap hujung solat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 321, hadis nombor 1693. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدًا) عن شريح بن أبرهة – رضي الله عنه -، قال: ((رأيتُهُ كَبَّر في أيامِ التشريقِ من صلاةِ الظهرِ يوم النحرِ حتى خرجِ مِنْ مِنًى، يُكَبِّرُ في دُبُرِ كُلِّ صلاةٍ)). [طس، ((الضعيفة)) (5577)].

(Sangat Lemah) Daripada Shurayh bin Abrahah RA, beliau berkata: “Aku melihat baginda bertakbir pada hari-hari tasyrik, bermula dari waktu zuhur hari sembelihan (hari pertama raya Aidiladha), hingga baginda keluar dari Mina. Baginda bertakbir pada setiap hujung solat.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5577].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs