Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَيُّهَا النَّاسُ! إِنَّ اللهَ تَطَوَّل عَلَيْكُمْ فِي مَقَامِكُمْ هَذَا، فَقَبِلَ مِنْ مُحْسَنِكُمْ، وَأَعْطَى مُحْسَنَكُمْ مَا سَأَلَ، وَوَهَبَ مُسِيئَكُمْ لِمُحْسَنِكُمْ، إِلَّا التَّبْعَاتُ فِيمَا بَيْنَكُمْ، أَفِيضُواْ عَلَى اسْمِ اللهِ، فَلَمَّا كَانَ غَدَاةَ جَمْعٍ، قَالَ: أَيُّهَا النَّاسُ! إِنَّ اللهَ قَدْ تَطَوَّلَ عَلَيْكُمْ فِي مَقَامِكُمْ هَذَا، فَقَبِلَ مِنْ مُحْسَنِكُمْ، وَوَهَبَ مُسِيئَكُمْ لِمُحْسَنِكُمْ، وَالتَّبْعَاتِ بَيْنَكُمْ عَوَّضَهَا مِنْ عِنْدِهِ، أَفِيضُواْ عَلَى اسْمِ اللهِ. فَقَالَ أَصْحَابُهُ: يَا رَسُولَ اللهِ! أَفَضْتَ بِنَا بِالْأَمْسِ كَئِيباً حَزِيناً، وَأَفَضْتَ بِنَا الْيَوْمَ فَرْحاً مَسْرُوراً؟ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنِّي سَأَلْتُ رَبِّي بِاْلأَمْسِ شَيْئاً لَمْ يجُد لِي بِهِ؟ سَأَلْتُهُ التَّبْعَاتِ، فَأَبَى عَلَيَّ، فَلَمَّا كَانَ الْيَوْمَ أَتَانِي جِبْرِيلُ، قَالَ: إِنَّ رَبَّكَ يُقْرِئُكَ السَّلَامُ، وَيَقُولُ: التَّبْعَاتُ ضَمَنْتُ عِوَضَهَا مِنْ عِنْدِي.
Teks Bahasa Melayu
Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah telah memanjangkan umur kalian sehingga ke detik ini, maka Dia menerima amalan orang baik dalam kalangan kamu dan mengurniakan permintaannya, serta Dia mewariskan orang jahat kepada orang baik, kecuali hak-hak yang akan timbul sesama kamu. Silakan bersurai, dengan nama Allah. Kemudian, setelah tiba keesokan harinya, Baginda berucap lagi : Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah telah memanjangkan umur kalian sehingga ke detik ini, maka Dia menerima amalan orang baik dalam kalangan kamu dan mengurniakan permintaannya, serta Dia mewariskan orang jahat kepada orang baik, kecuali hak-hak yang akan timbul sesama kamu, Dia akan gantikan perkara itu dengan sesuatu di sisi-Nya, bersurailah atas nama Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, semalam kamu memberikan berita sedih kepada kami, dan hari ini kamu menyampaikan berita gembira kepada kami?Baginda bersabda: Semalam aku memohon kepada Allah suatu permintaan yang Dia tidak berikan kepaaku. Aku memohon kepada-Nya agar menjamin hak antara manusia, namun Dia mengabaikan permintaanku. Hari ini, Jibril memberitahuku: Sesungguhnya Tuhanmu mengirimkan salam kepadamu dan Dia berfirman : {Aku menjamin ganti rugi hak sesama manusia}.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1110-1111, hadis no. 5620. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم عشية عرفة، فقال: أيها الناس إن الله تطوَّل عليكم في مقامكم هذا فقبل من محسنكم وأعطى محسنكم ما سأل ووهب مسيئكم لمحسنكم إلا التبعات فيما بينكم أفيضوا على اسم الله فلمَّا كان غداة جمعٍ قال: أيها الناس إن الله قد تطوَّل عليكم في مقامكم هذا فقبل من محسنكم ووهب مسيئكم لمحسنكم والتبعات بينكم عوضها من عنده أفيضوا على اسم الله. فقال أصحابُه: يا رسول الله أفضت بنا بالأمسِ كئيباً حزيناً وأفضت بنا اليوم فرحاً مسروراً؟ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إني سألت ربي بالأمس شيئاً لم يجُد لي به سألته التبعات فأبى عليَّ فلما كان اليوم أتاني جبريل قال: إن ربك يقرئك السلام ويقولُ: التبعاتُ ضمنت عوضها من عندي. [ابن جرير، حل، الضعيفة (6613)].
(Munkar dengan teks selengkap ini) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau menceritakan : Rasulullah SAW pernah berkhutbah pada petang hari ‘Arafah, lalu berkata: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah telah memanjangkan umur kalian sehingga ke detik ini, maka Dia menerima amalan orang baik dalam kalangan kamu dan mengurniakan permintaannya, serta Dia mewariskan orang jahat kepada orang baik, kecuali hak-hak yang akan timbul sesama kamu. Silakan bersurai, dengan nama Allah. Kemudian, setelah tiba keesokan harinya, Baginda berucap lagi : Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah telah memanjangkan umur kalian sehingga ke detik ini, maka Dia menerima amalan orang baik dalam kalangan kamu dan mengurniakan permintaannya, serta Dia mewariskan orang jahat kepada orang baik, kecuali hak-hak yang akan timbul sesama kamu, Dia akan gantikan perkara itu dengan sesuatu di sisi-Nya, bersurailah atas nama Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, semalam kamu memberikan berita sedih kepada kami, dan hari ini kamu menyampaikan berita gembira kepada kami?Baginda bersabda: Semalam aku memohon kepada Allah suatu permintaan yang Dia tidak berikan kepaaku. Aku memohon kepada-Nya agar menjamin hak antara manusia, namun Dia mengabaikan permintaanku. Hari ini, Jibril memberitahuku: Sesungguhnya Tuhanmu mengirimkan salam kepadamu dan Dia berfirman : {Aku menjamin ganti rugi hak sesama manusia}. [Riwayat Ibn Jarir dalam Jami‘ al-Bayan. riwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyat al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6613]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman