Ajarkanlah dan jangan kamu bertindak kejam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

علموا ولا تعنفوا، فإن المعلم خير من المعنف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ajarkanlah dan jangan kamu bertindak kejam kerana orang yang mengajarkan itu lebih baik berbanding orang yang kejam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1258, hadis nombor 6422. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: علّموا ولا تعنّفوا، فإن المعلّم خير من المعنّف.
[الطيالسي، ابن بشران في ((الكراس الأخير من الجزء الثلاثين))، ابن بشران في ((الأمالي الفوائد))، عبدالرحمن بن نصر الدمشقي في ((الفوائد))، ابن عبد البر في ((الجامع))، الخطيب في ((الفقيه والمتفقه))، عفيف الدين أبو المعالي في ((فضل العلم))، ((الضعيفة)) (2635)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ajarkanlah dan jangan kamu bertindak kejam kerana orang yang mengajarkan itu lebih baik berbanding orang yang kejam. [Diriwayatkan oleh al-Tayalisi, Ibn Bishran dalam al-Karras al-Akhir Min al-Juz' al-Thalathin, Ibn Bishran dalam al-Amali al-Fawaid, 'Abd al-Rahman bin Nasr al-Dimashqi dalam al-Fawaid, Ibn 'Abd al-Bar dalam al-Jami', al-Khatib dalam al-Faqih Wa al-Mutafaqqih, 'Afif al-Din Abu al-Ma'ani dalam Fadhl al-'Ilm. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2635]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.